Poskom santuni golongan memerlukan

PUNCAK BORNEO – Program Outreach Santuni Komuniti (Poskom) merupakan inisiatif yang sangat baik untuk membantu golongan yang memerlukan di Sarawak.

Menurut wakil Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Puncak Borneo Aflin Nyoweng, Poskom diadakan di bahagian Puncak Borneo bermula pada tahun ini dan telah dianjurkan di seluruh lapan bahagian di Sarawak sejak 3 Mei yang lalu.

“Inisiatif ini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bertujuan untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pendekatan yang lebih proaktif,” ujar Aflin.

Tambah beliau, Poskom yang juga berkonsepkan hari bersama pelanggan sekaligus menyantuni komuniti dengan membuka kaunter pertanyaan dan khidmat nasihat berkenaan bantuan kebajikan, kaunter permohonan Kad OKU dan Kenyalang Gold Card serta produk terbaharu yang diperkenalkan pada bulan Julai lepas iaitu Senior Citizen Health Benefit (SCHB).

“Sebanyak 75,000 lebih warga emas yang layak untuk menerima bantuan rawatan percuma yang diperuntukkan RM500 setahun,” tambahnya.

Untuk makluman, Poskom merupakan perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menariknya, pelbagai program dan aktiviti akan disediakan seperti program keagamaan, rekreasi, ceramah kesihatan, latihan atau kursus yang bersesuaian mengikut peringkat umur serta program terapi dan pemulihan.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau