Polis tumpas pengedar dadah, rampas syabu nilai RM63,190

TAWAU – Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas syabu bernilai RM63,190 dalam operasi yang dijalankan di Bandar Tawau kira-kira pukul 8.15 malam, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan BSJN IPD Kunak.

“Semasa berada di lokasi serbuan, terdapat sebuah kenderaan yang berhenti di tempat letak kereta dan kelihatan suspek keluar dari kenderaan tersebut dengan memakai beg silang.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada beg silang terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 930 gram,” jelasnya.

Jasmin berkata, saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis ’methamphetamine’ (meth) dan ’amphetamine’ (amp).

Tambah beliau, siasatan bagi memburu dalang terlibat masih dijalankan sementara suspek warga tempatan berumur 48 tahun itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak