Polis Thailand tahan rakyat Malaysia cuba seludup senjata perang

PUTRAJAYA – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta dipandunya di Sadao, Songkhla.

Suspek berusia 46 tahun ditahan pada 5.35 petang di sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Sumber berkata, sekatan jalan raya itu dijalankan sebagai sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah penyeludupan dadah serta ancaman keselamatan.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Kia bernombor pendaftaran Malaysia itu menemui dua laras raifal M4; 300 butir peluru kaliber 5.56 mm; tujuh magazin peluru 5.56 mm; 100 butir peluru kaliber .45 mm dan 50 butir peluru kaliber 9 mm.

“Semua senjata dan peluru berkenaan telah dirampas sebagai barang kes untuk siasatan lanjut,” kata sumber itu.

Difahamkan, polis Thailand kini masih menyiasat tujuan sebenar pemilikan senjata perang dan peluru dalam jumlah besar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di Sadao.

“Polis Diraja Malaysia juga sudah dimaklumkan berhubung penahanan itu.

“Biar pihak berkuasa Thailand siasat terlebih dahulu kerana kita masih belum mengetahui tujuannya, sama ada untuk digunakan di sana atau dibawa masuk ke negara ini,” katanya.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji