Polis terima 11 laporan terkait video didakwa fitnah PM – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 11 laporan berkaitan video tular yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkait wawancara dengan CNN mengenai konflik Israel-Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Setakat ini, terdapat 11 laporan berkaitan isu ini dan seramai 12 saksi telah dirakam keterangan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya pada Rabu.

Pada Selasa, Gabungan 20 badan bukan kerajaan (NGO) Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kes terbabit.

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang individu mendakwa kononnya Anwar mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Bagaimanapun, Anwar ketika menjelaskan mengenai isu itu berkata, beliau tidak mengiktiraf negara Israel dan menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fitnah yang dimainkan pihak yang menyunting video tersebut adalah bersifat tidak adil kerana Anwar serta kerajaan telah berulang kali menyatakan bahawa Malaysia tidak akan pernah berganjak daripada pendirian untuk memperjuangkan Palestin serta rakyatnya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam