GARA-GARA berkelakuan tidak senonoh dan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, seorang lelaki gila seks ditahan polis, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superitendan GK Shan Gopal berkata, suspek yang berusia 32 tahun bekerja sebagai penyelenggara bangunan.
“Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang susulan laporan diterima daripada seorang wanita tempatan berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.
Shan berkata, berdasarkan laporan itu, kejadian berlaku di kawasan Apartment Savana Southvile City, Sepang dan polis bertindak untuk menahan lelaki berkenaan di Leboh Dagang pukul 12.30 malam tadi.
“Mangsa ketika itu berada di kawasan apartment tersebut sebelum dipanggil seorang lelaki tidak dikenali di dalam sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna merah.
“Mangsa kemudian menghampiri kereta itu dan suspek bertindak menunjukkan kemaluannya kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini
Tambah Shan, suspek kini direman tiga hari di Mahkamah Majistrest Sepang bagi siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.






