Polis siasat lelaki guna ‘Datuk Seri’ Pahang

KUALA LUMPUR – Polis merampas beberapa peralatan darjah kebesaran susulan siasatan ke atas seorang pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri yang belum dikurniakan Sultan Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, baru-baru ini.

“JSJK Bukit Aman menerima laporan polis dari Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang mengenai penggunaan darjah kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang tidak wajar oleh seorang individu.

“Individu terbabit yang juga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi dipercayai menggunakan gelaran itu sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Susulan itu, katanya beberapa peralatan darjah kebesaran SSAP antaranya pingat darjah kebesaran serta lencana kereta (emblem) disyaki palsu dirampas daripada individu terbabit.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti suspek lain yang terbabit dalam sindiket pemalsuan darjah kebesaran Pahang.

“Polis menasihatkan mana-mana orang supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan darjah kebesaran palsu kerana ia adalah satu kesalahan jenayah,” katanya.

Jelas Ramli, individu terbabit boleh dituduh mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran Atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan perniagaan.

Katanya, jika disabitkan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan