Polis siasat individu sebenar dalam rakaman suara mirip MB Perlis

ARAU – Polis menyiasat identiti sebenar individu di sebalik rakaman suara mirip Menteri Besar Perlis yang tular di media sosial selepas didakwa mengandungi unsur fitnah, penipuan dan penghinaan terhadap Raja Perlis serta Raja Perempuan Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, laporan berhubung perkara itu diterima daripada seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Arau setelah menyedari video itu pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Pengadu mendakwa menemui satu video di aplikasi TikTok menggunakan akaun @mamatrahmah7 yang memaparkan rakaman suara mirip Menteri Besar Perlis.

“Rakaman berkenaan dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis,” katanya.

Menurut Ahmad Mohsin, laporan tersebut dibuat di Balai Polis Arau selepas pengadu mendapati rakaman itu turut disebarkan di beberapa platform media sosial lain.

“Kandungan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan maruah, reputasi serta imej institusi diraja negeri ini.

“Sehubungan itu, polis memandang serius laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Arau mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Setakat ini, rakaman percakapan pengadu dan saksi telah diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Identiti sebenar individu yang dimaksudkan masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000