Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-15 sahkan kecurian selalu berlaku di asrama

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-15 mengesahkan kecurian kerap berlaku di asrama sekolah tersebut.

Menurut peguam yang mewakili ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, saksi memaklumkan bahawa sepanjang bersekolah kes kecurian kerap berlaku di sekolah tersebut.

“Saksi berkata sepanjang bersekolah di situ dia tahu kejadian kes kecurian asrama kerap berlaku.

“Biasanya pelajar diminta untuk laporkan kepada warden atau guru-guru untuk tindakan lanjut.

“Saksi berkata ada kebiasaan warden membuat spot check berdasarkan laporan yang dibuat oleh pelajar-pelajar atau MPP (Majlis Perwakilan Pelajar).

“Biasanya ‘spot check’ adalah mengenai telefon dibawa ke asrama,” katanya semasa sidang media selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina, di Mahkamah Kota Kinabalu, pada Khamis.

Menurut saksi peraturan asrama menetapkan pelajar tidak dibenarkan bawa telefon bimbit ke asrama serta saksi juga mengetahui ‘Circle 19’. Namun saksi menafikan bukan ahli ‘Circle 19’.

“Saksi berkata dia pernah melihat kejadian pelajar-pelajar junior kena marah oleh pelajar senior.

“Tetapi saksi berkata dia tidak ambil tahu sangat perkara sebegitu.

“Saksi berkata dia sendiri tidak pernah memarahi pelajar junior dan cuma ada memberi nasihat,” jelasnya.

Sementara itu, selepas kejadian 15 Julai, saksi berkata dia mula mendengar cerita dari rakan pelajar lain bahawa Zara seorang yang ’happy go lucky’ dan mempunyai buku tulisan diari.

“Ketua Warden bawa dia ikut ke Balai Polis pada 17 Julai bersama pelajar lain dan isteri Ketua Warden.

“Saksi berkata pada ketika itu dia tidak tahu sama ada ibu bapa saksi tahu mengenai dia dibawa ke balai polis.

“Selepas saksi dari balai polis ada pegawai polis serahkan buku diari Zara kepada Ketua Warden untuk diberikan kepada ibu Zara,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’