Polis Pekan nafi kes pukau, pecah rumah guna parang

KUANTAN – Polis menafikan dakwaan berlaku kes pecah rumah dengan kaedah pukau membabitkan pemilik rumah oleh suspek bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, kejadian kes pecah rumah yang dikatakan berleluasa di daerah Pekan dan tular di media sosial itu tidak berasas.

Katanya, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berhubung dakwaan terbabit.

“Dalam kes ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan dakwaan tidak berasas tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dulu.

“Sebaiknya, orang ramai boleh mendapatkan kesahihan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Pekan di talian 09-4221222 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan kenyataan tular di media sosial, berlaku kes pukau di kawasan Pekan yang berleluasa dan suspek bersenjatakan parang hingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara