
PADANG BESAR – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan laporan polis Padang Besar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Sarih Salleh berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kini menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Hebahan mengesan saksi berkaitan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 IPD Padang Besar.
“Sehubungan itu, seorang individu yang dikenal pasti seperti butiran berikut dikehendaki hadir dengan segera ke BSJN IPD Padang Besar bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, individu berkenaan ialah Mohamad Syazwan Firdaus Mohamad Fazli, 29, dengan alamat terakhir di Batu 2 ½, Jalan Tebing Tinggi, Kangar, Perlis.
“Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan penama di atas diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat BSJN IPD Padang Besar, Inspektor Syafiq Muhamad Azhar di talian 04-9492222 sambungan 1354 atau 04-9872222,” ujarnya.
Katanya lagi, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes berkenaan.






