Polis mohon bantu kesan anak mangsa kebakaran

MUAR – Polis Muar memohon orang ramai untuk mengesan anak kepada pasangan warga emas yang maut rentung dalam kebakaran di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Azman Aziz berkata, individu bernama Azman Mohamed, 48, dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Azman yang merupakan anak pasangan warga emas berkenaan dan tinggal di kediaman tersebut dikehendaki berikutan dia merupakan saksi utama dalam kes ini.

“Polis menggesa agar Azman Mohamed tampil kepada kami untuk memberikan keterangan. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, PPgB Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kebakaran berkenaan pada pukul 2.25 pagi dan 21 anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, setibanya di tempat kejadian dengan kekuatan satu jentera FRT; satu jentera LFRT; satu unit EMRS dan dua unit RIM, pihaknya mendapati sebuah rumah telah terbakar sekitar 85 peratus.

“Anggota bertugas bertindak mengawal kebakaran selain mendapati dua warga emas telah ditemui rentung sekitar pukul 2.40 pagi, serta dua lagi mangsa di hantar ke HPSF untuk rawatan.

“Kebakaran dapat dikawal dan operasi ditamatkan pada pukul 4.24 pagi,” katanya.

Related Posts

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

SANDAKAN – Orang ramai di sekitar daerah ini dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan luar biasa bermula Jumaat hingga Ahad ini. Tentera Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah