Polis, MCMC pergiat usaha jejak individu miliki, edar bahan lucah kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mempergiatkan usaha mereka untuk menjejak individu yang memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.

“Kita bekerjasama dengan MCMC bagi mengesan dan mendapatkan maklumat berkaitan, PDRM juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan sindiket dalam kegiatan berkenaan atau dilakukan secara individu.

“Individu lain yang terlibat dalam kegiatan ini juga sedang dikesan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini juga boleh menyalurkannya kepada PDRM bagi membantu siasatan,” lapor Bernama.

Kelmarin, Razarudin dalam kenyataannya berkata seorang warga emas antara 13 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan CSAM dalam Op Pedo Isnin lepas.

Razarudin berkata suspek berumur 74 tahun itu dan 12 yang lain ditahan dalam operasi bersepadu bersama MCMC di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Turut dirampas dalam op berkenaan adalah 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa selain tujuh komputer, 11 telefon bimbit, sembilan router, tujuh modem serta masing-masing satu komputer riba, cakera video digital dan cakera keras.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia