Polis kesan pemandu terlibat kemalangan pelajar di Beseri

PADANG BESAR – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang pelajar lelaki cedera parah di Jalan Semadong-Beseri di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa berusia 17 tahun dengan sebuah kereta yang masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri menuju ke rumahnya di Kampung Jalan Kaki Bukit melalui Jalan Bukit Merah, Semadong.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dipercayai masuk ke simpang secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Pemandu kenderaan terbabit dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku.

“Identiti pemandu dan nombor pendaftaran kenderaan masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pendarahan dalam kepala, luka pada bahagian dagu serta patah kaki kanan.

Katanya, pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta pemilik kereta terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norsyahirah Salehudin di talian 016-5876810 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

KERIAN – Pulau Kalumpang di Kuala Gula, Bagan Serai, dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu negeri Perak susulan keunikan sejarah, biodiversiti dan kedudukannya yang strategik. Potensi pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua