Polis kesan pemandu pikap langgar lari lelaki berjoging

TAWAU – Polis giat mengesan pemandu pikap dipercayai terlibat kejadian langgar lari seorang lelaki yang berjoging di Batu 3 Jalan Apas, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati pukul 3.50 pagi, mangsa bersama sekumpulan 20 rakannya berjoging dari McDonald menuju ke Bandar Sri Indah.

“Ketika kejadian, mangsa berumur 34 tahun bersama dua rakannya mendahului rakan lain dan apabila tiba di Batu 3 Jalan Apas depan kedai ‘Cheese Garden’, mangsa yang berada di sebelah kanan jalan raya telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah pikap jenis Toyota Hilux.

“Mangsa kemudian tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Menurut Jasmin, kemalangan berkenaan mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan masih menerima rawatan di wad pembedahan lelaki Hospital Tawau.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Sehubungan itu, Jasmin menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu sebuah pikap jenis Toyota Hilux warna ‘bronze mica’ menyalurkannya kepada ASP Joan Lee di talian 019-8537100 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan