Polis, JKM selamatkan kanak-kanak didera ibu bapa kandung

ARAU – Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis bertindak segera menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu bapanya sendiri di Taman Desa Saujana, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pegawai JKM kira-kira pukul 1.22 pagi hasil laporan orang awam.

“Pegawai pelindung JKM ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum membawa kanak-kanak itu ke Rumah Kanak-Kanak Arau untuk perlindungan sementara.

“Siasatan awal mendapati penderaan dipercayai bermula sejak 2023 dan kali terakhir mangsa dipukul menggunakan rotan pada Rabu lalu sekitar pukul 12.30 tengah hari,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kesan lebam dan luka di beberapa bahagian termasuk kepala, bibir, dada, rusuk, lengan serta betis.

Menurut Ahmad Mohsin, siasatan turut mendapati kesan kecederaan lama dan baharu disyaki akibat hentakan objek tumpul dan simbahan air panas.

“Pasangan suami isteri itu ditahan kira-kira 1.30 pagi semalam di kediaman mereka di kawasan perumahan tersebut dan kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu