Polis buru banduan larikan diri

SARATOK – Seorang lelaki yang sedang menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) dilaporkan menghilangkan diri selepas gagal mematuhi syarat perintah pelepasan dari Penjara Pusat Sri Aman sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohamad Hamizul Mohd Kiprawi, 30, yang memulakan tempoh PBSL pada 26 Mei hingga 15 Julai 2025.

“Suspek sepatutnya menetap di alamat ditetapkan iaitu di No. 3/451, Jalan Haji Puteh Ellias, Saratok, namun didapati tidak berada di lokasi berkenaan dan gagal dikesan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Penjara 1995 (Akta 537) kerana melanggar syarat pelepasan.

Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek yang kini berada di luar pemantauan pihak berkuasa.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan