PN Kedah tak perlu takut dengan ‘kerajaan menanti’ jika rasa kuat – Amanah Kedah

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah melihat kenyataan ‘kerajaan menanti’ seharusnya tidak membuatkan Perikatan Nasional (PN) Kedah rasa gusar jika mereka kuat di negeri ini.

Pengerusinya, Asmirul Anuar Aris percaya, rakyat di negeri ini mampu menilai pihak mana yang lebih baik untuk diberikan mandat menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedia menawarkan harapan kepada rakyat Kedah supaya dapat dirasai denyut nadi mereka jika diberi mandat.

“Kenyataan ‘kerajaan menanti’ tidak (seharusnya) perlu menggusarkan PN kalau mereka rasa mereka kuat.

“Tetapi hari ini, rakyat sudah dapat menilai tentang pelbagai isu contohnya loji rawatan air, bola sepak, penjaja kecil dan ekonomi,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang melihat tiada alasan kukuh untuk rakyat di negeri ini menukar kerajaan negeri yang terbukti berkesan dalam membawa kemajuan.

Menurutnya, PH dan BN yang perlu berjaga-jaga dengan jangka hayat pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana banyak sebab untuk pengundi menukar mereka.

Sementara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, rakyat di negeri ini tidak mahu lagi menghadapi pelbagai masalah-masalah asas dan berharap kerajaan yang mentadbir mampu memberi tawaran dan manfaat kepada mereka.

“Walaupun mungkin hari ini setengah orang berpendapat mereka hidup selesa tetapi sebenarnya di bawah sana kita tahu bahawa mereka tak berpuas hati.

“Namun apa-apa pun, sudah tentulah macam mereka akan berusaha untuk mempertahankan apa yang mereka ada sehingga menyatakan pelbagai perkara kononnya kerajaan pusat perlu ditukar,” ujarnya.

Pada Selasa, media melaporkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH bersama BN sedang giat mempersiapkan diri sebagai ‘kerajaan menanti’ di negeri Kedah menjelang pilihan PRN seterusnya.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, PH dan BN perlu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kedah ketika ini, biarpun berada di posisi pembangkang di negeri itu.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy