PMX umum bantuan segera penduduk terjejas insiden paip gas terbakar

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan untuk memulihkan sepenuhnya rumah penduduk yang terjejas dalam insiden letupan paip gas Petronas di Putra Heights, dekat Puchong, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun memaklumkan, usaha berkenaan mungkin mengambil masa sehingga setahun.

Anwar berkata, langkah untuk membaiki atau menggantikan rumah penduduk yang terlibat itu akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Negeri Selangor dan Petronas.

“Rumah-rumah ini dari perbincangan kita dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Petronas… tidak mungkin dapat dipulihkan dalam masa terlalu singkat.

“Jadi sekarang Petronas dengan seluruh pasukan kerajaan sedang bincang bagaimana kita mampu ambil tindakan sementara yang munasabah, sebab boleh ambil masa setahun, tidak seperti banjir yang seminggu atau dua minggu (selesai).

“Tetapi ini setahun lamanya, jadi saya harap jangan bimbanglah… cuma ia akan ambil masa sedikit,” katanya selepas melawat lokasi kejadian petang tadi.

Mengiringi Anwar dalam lawatan itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar turut mengumumkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas sebanyak RM5,000 kepada mangsa yang rumah mereka musnah sepenuhnya.

Bantuan berjumlah RM2,500 pula diberikan kepada mangsa lain yang turut terjejas.

Kerajaan juga sedia pertimbangkan untuk menambah bantuan bersesuaian jika terdapat keperluan.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028