PMX tunai janji turunkan harga RON95 hujung bulan ini, pastikan cip MyKad berfungsi

SUBSIDI bersasar RON95 dijangka dilaksanakan pada hujung bulan September, selaras dengan janji yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif itu jelas membuktikan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan janji yang pernah disuarakan kepada rakyat.

Menurut beliau, walaupun pelaksanaan mengambil sedikit masa, janji itu tetap ditunaikan sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

“Alhamdulillah beliau (Perdana Menteri) tetap tunaikan janji sebab insya-Allah, beliau seorang yang berpegang pada kata-kata. A man of his words. Setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia.

“Kerajaan MADANI terus komited untuk bantu rakyat, jaga kebajikan semua golongan dan makmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Saifuddin menasihatkan orang ramai segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak bagi bagi memastikan ia berfungsi sebelum pelaksanaan subsidi bersasar RON95 bermula.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), pelaksanaan subsidi terbabit memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad ketika proses mengisi minyak di stesen.

“Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.

“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama.

“Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sekali gus menunaikan janji Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih rendah, berbanding harga sebenar di pasaran.

  • Related Posts

    Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

    GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

    KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    3 maut ditembak dalam restoran

    3 maut ditembak dalam restoran

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16