PMX tegaskan tidak pernah elak pertanyaan pembangkang, walau soalan berulang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya tidak pernah sama sekali mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.

Anwar berkata, semua soalan yang dikemukakan kepada beliau pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab sama ada oleh beliau sendiri atau menteri-menteri yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada dalam kalangan ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama walaupun penjelasan sudah diberikan beberapa kali.

“Soalan dibangkitkan (pembangkang) semua saya dah jawab. Kalau saya dah jawab dua kali, tapi itu juga ditanya, kita kena jawab (jawapan sama).

“Jadi itu sebab saya setuju dengan Tan Sri Yang Dipertua, nak kata saya elak, saya tak elak. Kota Bharu kena dengar, saya tidak akan elak apa-apa soalan,” katanya sebelum menjawab soalan pada sesi PMQT di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu, sesi PMQT pagi ini kecoh seketika susulan beberapa wakil rakyat mendakwa soalan diajukan blok pembangkang kepada Perdana Menteri tidak dipilih bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

Sebelum sesi PMQT bermula, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan senarai soalan pada Selasa tidak mengandungi soalan daripada pihak pembangkang.

“Berdasarkan lampiran biru soalan (PMQT) hari ini, ada dua soalan, kedua-dua soalan daripada pihak kerajaan, tidak ada soalan daripada pembangkang. Patutnya tiga soalan (dibenarkan untuk sesi PMQT), nak ambil dua pun ambillah tapi bagi satu kepada pembangkang kerana kami masih wujud dalam dewan ini, ketua majlis pun ada.

“Ini bukan kali pertama, pada 30 Oktober kita hantar soalan, satu pun tak naik, kemudian pada 4 November iaitu minggu lepas, satu pun tak naik juga, hari ini, 11 November pun tak naik.

“Untuk rekod, hari ini Ahli Parlimen Putrajaya (Datuk Dr Radzi Jidin) telah kemukakan soalan melalui Yang Berusaha Setiausaha Dewan Rakyat pada 10 November, pada masa yang ditetapkan, tapi tak naik juga,” katanya.

Bagaimanaun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudiannya menjelaskan bahawa pemilihan senarai soalan sesi PMQT adalah tertakluk kepada pertimbangannya

Beliau turut mendedahkan bagi senarai PMQT hari ini, pihak pembangkang hanya menghantar satu soalan berbanding blok kerajaan yang mengemukakan lapan soalan, malah soalan yang dikemukakan pembangkang adalah soalan yang berulang.

“Ya, ia bukan hak (untuk soalan pembangkang dipilih), tapi soal adil, ya. Cuma lain kali hantarlah dua tiga soalan, ‘don’t tie my hand’.

“Saya kena pilih soalan, adil jugalah kepada saya, jangan letakkan saya di kedudukan, tidak boleh buat keputusan,” tegas Johari.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri