
RATA-RATA warga maya menzahirkan keterujaan melihat kerendahan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak kekok berada di sebuah gerai jualan di Sungai Penchala.
Tinjauan The Malaysia Press di ruangan komen Facebook, Ameno World mendapati pelbagai reaksi diberikan oleh netizen apabila melihat sikap Anwar yang bersahaja tanpa mengira jawatan yang disandang olehnya.

Komen seorang netizen, Lily Irdinas Iskandar berkata, kunjungan Anwar tidak ‘kosong’ semata-mata tetapi prihatin dengan nasib peniaga jalanan.
“Bukan sekadar pergi ke gerai-gerai tetapi sebenarnya beliau melihat apa yang boleh dinaik taraf tempat-tempat begini,” katanya.
Selain itu, Eira Prislla memuji gerak kerja Ahli Parlimen Tambun yang amanah menjadi seorang pemimpin yang memegang mandat rakyat.
Katanya, tindakan Anwar turun padang ke lokasi bukan sekadar ‘goyang kaki’ dan menerima laporan daripada para pegawai perlu disyukuri oleh rakyat Malaysia.
“Sementara beliau ada kuasa. Apa yang PM boleh tambah baik, dia buat la masa ini. Yang mana tempat Perdana Menteri datang singgah tu. Bagitahulah apa yang patut. Jangan semua elok tak ada masalah.
“Dari dulu PMX ini amalkan cara kerja dengar sendiri, lihat sendiri dan teliti sendiri. Bukan dari laporan pegawai semata.
“Mana lagi nak dapat Perdana Menteri yang turun padang masuk gerai, masuk tandas, masuk sekolah… makan di ‘food court’, solat Jumaat dengan rakyat. Sementara ada ni, bersyukur,” katanya.
Terdahulu, Ameno World memuat naik beberapa gambar Anwar berbaju Melayu lengkap sedang bersantai dan berbual dengan orang ramai tanpa protokol.
Anwar kelihatan bersahaja sambil menikmati jualan yang ada di gerai bawah jambatan berkenaan.