PMX luang masa santuni komuniti Islam Itali

ROM – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu komuniti Islam di sini, semalam.

Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Itali, bertemu Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS) Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali – Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.

Beliau berkata, pertemuan itu memberi ruang untuk mereka berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah.

“Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali,” katanya selepas pertemuan itu.

Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Rom serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas, selain 10 lagi naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol persaudaraan dan penyebaran ilmu.

Itali mempunyai kira kira 2.7 juta penduduk beragama Islam.

Dalam perkembangan lain, Anwar menzahirkan rasa terharu dengan penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya ‘The Asian Renaissance’ ke bahasa Itali.

“Karya ini, yang diterbitkan lebih dua dekad lepas, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia melalui nilai-nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan, sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana barat.

“Saya amat menghargai dedikasi sarjana Itali dalam menterjemahkan karya ini, yang membolehkan idea-idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami lebih meluas oleh khalayak antarabangsa,” kata Perdana Menteri.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM