PMX bayar RM2.60 seliter RON95, pastikan subsidi hanya untuk rakyat berkelayakan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau tetap membayar harga penuh RM2.60 seliter bagi petrol RON95 meskipun layak menikmati harga subsidi RM1.99 seliter melalui program BUDI95 yang disediakan Kerajaan MADANI.

Beliau berkata, tindakan itu mempamerkan pendirian kerajaan untuk memastikan subsidi diagihkan secara bersasar dan adil kepada golongan yang benar memerlukan, bukan dinikmati semua pihak termasuk mereka yang berkemampuan.

“Saya bayar RM2.60 (seliter) RON95, walaupun saya dapat harga subsidi RM1.99,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Hadir sama,  Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, langkah mengekalkan harga subsidi RM1.99 bagi rakyat tempatan dan RM2.60 untuk warga asing membuktikan komitmen serta keprihatinan kerajaan terhadap keadilan sosial dan keberkesanan pengurusan fiskal negara.

“Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi agar tidak menimbulkan kekeliruan atau kemarahan rakyat

“Perkara terbabit sepertimana semasa pelaksanaan penstrukturan semula subsidi elektrik dan ayam yang dilakukan kerajaan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan bahawa keputusan menarik balik subsidi ayam telah menjimatkan kerajaan sebanyak RM1 bilion setahun, tanpa menjejaskan kestabilan harga di pasaran.

“Kita nak dapat hasil banyak tapi rakyat terbeban, buat apa? Ini bukan ekonomi teori atas langit, ini ekonomi yang menyentuh kedudukan rakyat.

“Pelaksanaan dasar subsidi bersasar bukan sahaja memastikan kebajikan rakyat berpendapatan rendah terus terpelihara, malah mengukuhkan kedudukan fiskal negara ke arah sistem kewangan yang lebih mampan dan berintegriti,” katanya.

Related Posts

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan meneliti cadangan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya status bebas cukai di Langkawi dikembalikan bagi merancakkan semula sektor pelancongan di pulau terbabit. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media