PMG tambah pusat fisioterapi, tingkat akses rawatan

SIBU – Public MedicareGroup (PMG) mencatat perkembangan pesat sebagai rangkaian perkhidmatan kesihatan menunjukkan syarikat tempatan mampu berkembang dengan visi dan komitmen yang jelas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, perkembangan PMG sejak lebih sedekad lalu menunjukkan kekuatan organisasi yang berpandukan nilai profesionalisme dan budaya kerja yang kukuh.

“PMG memulakan operasi pada 2012 dengan sebuah farmasi diikuti pembukaan klinik perubatan di Sri Aman dan klinik pergigian di Sarikei pada 2013. Kini, rangkaian ini mengendalikan lebih 200 farmasi, 40 klinik perubatan, lapan klinik pergigian serta dua pusat fisioterapi, menandakan pertumbuhan konsisten sejak penubuhan,” katanya ketika merasmikan PMG Physio Sibu di Jalan Pahlawan pada Sabtu.

Dr. Sim menekankan kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui jumlah cawangan tetapi turut bergantung kepada kekuatan sumber manusia, budaya kerja dan nilai yang diterapkan.

Beliau turut memuji PMG dalam menerapkan teknologi baharu, termasuk penggunaan sistem pemulihan robotik dalam fisioterapi, bagi meningkatkan keberkesanan rawatan dan kualiti hidup pesakit.

Beliau menjelaskan fisioterapi merangkumi rawatan untuk semua peringkat umur, termasuk latihan keseimbangan, rehabilitasi neurologi, pemulihan selepas strok, pemulihan jantung dan pemulihan pesakit kanser.

“Tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan fisioterapi masih rendah, jadi ramai belum memahami peranan sebenar perkhidmatan ini,” ujarnya.

Selain itu, jumlah tenaga fisioterapi di Sarawak masih terhad. Hospital kerajaan hanya mempunyai 24 jawatan, di mana 18 telah diisi. Perkembangan ini membuka peluang kepada institusi dan pengamal perubatan untuk memperluas perkhidmatan fisioterapi dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negeri ini.

Foto: Khairuddin Rushdi

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM