PM turun ke negeri-negeri, bawa agenda noktahkan miskin tegar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke semua negeri bermula minggu hadapan dengan membawa agenda utama iaitu menoktahkan kemiskinan tegar.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, selain beramah mesra dengan masyarakat setempat, Perdana Menteri juga akan mempengerusikan mesyuarat khas pembangunan bersama pimpinan utama kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat khas itu, Perdana Menteri sendiri telah menetapkan beberapa agenda yang akan dibincangkan termasuk agenda menoktahkan kemiskinan tegar, kekal menjadi keutamaan tertinggi beliau dalam perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi kelak.

“Sejak agenda itu diumumkan dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah menggerakkan semua setiausaha politiknya ke negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, pada Rabu.

Jelasnya, dalam program-program itu nanti, Perdana Menteri sendiri akan turun dan menyantuni rakyat khususnya rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar.

“Usaha ini akan dilaksanakan secara berterusan oleh Perdana Menteri dan juga pasukan beliau sendiri.

“Usaha ini merangkumi juga peningkatan pendapatan golongan sasar, menjadikan peluang pekerjaan serta akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan, juga memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin,” tambahnya.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan