PM terus hargai jasa, pengorbanan anggota keselamatan melalui Jelajah Wira MADANI

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota polis di Sabah menerusi program Jelajah Wira MADANI yang diteruskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Selasa.

Dalam jelajah tersebut, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada pasukan Polis Sabah.

Katanya, ia sebagai tanda sokongan moral atas usaha mereka memastikan keamanan negeri dan negara sentiasa terpelihara.

“YAB Perdana Menteri telah beberapa kali berikan penghargaan kepada pasukan keselamatan terutamanya dalam memastikan agar keamanan negara ini dijaga dengan baik.

“Ini satu perkara yang pada saya sangat baik dan sebab itulah Perdana Menteri menyantuni warga keselamatan ini dalam program yang disebut sebagai Wira MADANI.

“Ini adalah Wira-wira MADANI yang harus kita hargai,” katanya ketika ditemui wartawan TMP.

Menurut Shamsul, penyerahan tersebut bertujuan untuk penganjuran program bagi menghargai warga kerja pasukan keselamatan.

“Insya-Allah, mereka akan menganjurkan satu program bersama-sama dengan Perdana Menteri semasa beliau membuat lawatan di Sabah. Kita lakukan penyerahan ini sebagai tanda penghargaan kita,” katanya.

Tambahnya, lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak Perdana Menteri mendapatkan maklumat terkini tahap keselamatan Sabah menerusi kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

“Kita juga mengambil peluang untuk mendapat perkembangan terkini tentang keadaan keselamatan terutama di negeri Sabah ini.

“Kita tahu Sabah ini, kita ada beberapa institusi penting keselamatan seperti polis, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, program ini bukan sahaja tertumpu kepada pihak polis sahaja tetapi melibatkan pelbagai agensi keselamatan lain.

 “Kita akan teruskan dengan pasukan-pasukan keselamatan yang lain. Dalam erti kata, memberikan mereka sedikit motivasi dan juga penghargaan.

“Kalau jumlah RM100,000 itu, tidaklah boleh setanding dengan apa jasa yang telah mereka berikan kepada negara kita,” katanya.

Shamsul turut berkongsi bahawa beliau telah menyantuni pelbagai agensi keselamatan sempena program ini antaranya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 di Tawau, anggota PASKAL di Semporna dan Pasukan RELA sebelum ini.

“Hari ini dengan pasukan polis dan Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar untuk menyantuni warga keselamatan di sana.

“Jadi kita pergilah sebanyak mungkin dan tentunya saya bagi pihak Perdana Menteri merakamkan ucapan sekali lagi terima kasih kepada warga keselamatan di atas kesungguhan dan dedikasi mereka untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara ini,” ujarnya.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api