PM serah 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan 50 naskhah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam Bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru.

Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan beliau bersama anggota persatuan itu yang diketuai Presidennya, Murad Hamida.

Anwar berkata, pada pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu, antara perkara dibincangkan ialah pembangunan umat Islam di Peru.

“Mereka turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas oleh rejim Zionis Israel,” katanya seperti dilapor Bernama.

Turut dibangkitkan komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru.

Anwar kini dalam lawatan rasmi ke negara itu antara lain bagi menyertai Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Lima, Peru.

Ia adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Peru dan rantau Amerika Latin serta Caribbean sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Related Posts

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion. Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

BANGI – Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik yang menghina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik