PM sampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Timor-Leste

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau akan menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden, Dili, sempena lawatan rasmi beliau ke Timor-Leste.

Menerusi hantaran beliau di Facebook hari ini, ucaptama tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM.

“Program ini menjadi wadah penting untuk berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama serantau serta isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama,” katanya.

Perdana Menteri telah berlepas ke Timor-Leste pada Selasa bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara berkenaan atas jemputan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão.

Lawatan ini memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste, di samping menyatakan sokongan terhadap hasrat negara itu untuk menyertai ASEAN sebagai anggota ke-11 blok serantau tersebut.

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Timor-Leste dijangka memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan pembangunan serantau.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat