PM salur bantuan segera kepada mangsa banjir Manjoi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa prihatin terhadap kejadian banjir yang melanda Manjoi, Perak, yang disifatkan sebagai membimbangkan.

Beliau berkata, sejak malam tadi, laporan berterusan diterima mengenai perkembangan bencana yang menjejaskan ramai penduduk di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, bantuan segera telah disalurkan kepada keluarga terjejas bagi meringankan beban mereka ketika menghadapi musibah.

“Situasi banjir di Manjoi begitu memprihatinkan. Sejak semalam saya telah menerima laporan secara berterusan dan telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas akibat musibah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keadaan itu akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan semua agensi berkaitan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar bencana berkenaan segera reda supaya penduduk dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Insya-Allah, saya akan terus memantau dan bersiapsiaga, selain terus berdoa agar musibah ini mereda dan warga Manjoi dapat segera kembali ke rutin harian secepat mungkin,” tambahnya.

Terdahulu, beberapa kawasan di Manjoi dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan beberapa keluarga terpaksa dipindahkan.

Banjir kilat yang melanda Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein berlaku dengan pantas sehingga kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Seramai 26 mangsa daripada 10 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Tengku Hussein bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terus terpelihara sementara menunggu keadaan kembali pulih.

Pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan terus digerakkan untuk memantau paras air serta menyelaras bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri