PM ke luar negara: Kelibat Nurul Izzah pula dipersoalkan

SETELAH berlegar penerangan ringkas oleh beberapa pihak rasional berkaitan kos siri perjalanan Perdana Menteri ke luar negara seminggu dua yang lalu, timbul satu lagi pecahan isunya.

Kali ini, pembenci Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mempersoalkan kelibat Nurul Izzah dalam rombongan itu.

Mereka yang terpukul setelah tahu penggunaan pesawat ke luar itu bersifat ‘berkongsi kenderaan’ dan ‘masing-masing membayar kos’, atau dengan kata lain, tidak berlaku kes swasta taja kerajaan, tetap tidak mahu memutihkan hati sanubari.

Dicari mereka sisi lain dalam isu itu agar nama DSAI dapat dibusukkan.

Begitulah halnya apabila hati telah diasapi kemenyan kebencian – tak ada kes, dicari kes.

Lanjutan kegagalan memainkan isu rasuah swasta menaja kerajaan itu, para pembenci DSAI mendakwa apa hak Nurul Izzah ikut ke luar negara dan siapa menanggung kosnya?

Allahurabbi, menyedihkan betullah para pembenci DSAI ini, sampai ke situ mereka berkubang.

Busuknya hati mereka. Langsung tidak tahu malu mereka itu nampaknya.

Sememangnya itu menyedihkan kerana yang bising itu kebanyakannya berkopiah dan bertudung.

Buanglah kopiah dan tudung itu, wahai manusia durjana kerana itu mencemarkan pakaian yang melambangkan kejernihan hati orang Islam.

Kenapa kamu tidak bersangka baik dahulu dan menyelidik perkara itu?

Tahukah kamu bahawa selaku Perdana Menteri (PM), DSAI berhak membawa seorang ahli keluarga dalam lawatannya.

Itu sudah termaktub dalam klausa lawatan seseorang PM dan sudah menjadi amalan sejak sekian lama.

Itu juga diketahui PM terdahulu dan itu bukan satu isu pun.

Dalam hal ini, selalunya, DSAI membawa Datin Seri Wan Azizah (DSWA), namun kali ini Nurul Izzah yang mengisi ruang itu.

Langsung tiada kesalahan dalam hal ini.

Malangnya, kini berlegar-legar di media sosial, pembenci DSAI bercakap tentang hal itu tanpa memikirkan dosa pahala.

Tidak takutkah mereka ini kepada kemurkaan Tuhan?

Ulama pembangkang, di mana kamu sekarang?

Tidak mahukah kamu bersuara memberi nasihat?

Berat ‘nnanang mung’!

Related Posts

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah