
SEJAK ditubuhkan pada 2008, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia telah banyak memainkan peranan penting.
Ia adalah bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif, dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi detik pertemuannya dengan Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengambil kesempatan itu bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan IAIS Malaysia dalam tempoh jangka panjang.
“Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan ‘soft diplomacy’ negara serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara-negara Muslim hatta hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan Madani selaras dengan dasar negara.
“Harapan saya agar pihak IAIS Malaysia dapat memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu yang dihadapi oleh komuniti Muslim diperingkat antarabangsa, Insya-Allah,” jelasnya.