PM arah projek tebatan banjir dipercepat, segerakan peruntukan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu projek tebatan banjir dipercepatkan dan diberikan kelonggaran oleh Perbendaharaan dan Kementerian Ekonomi untuk memberikan kelonggaran bagi menyegerakan peruntukan yang diperlukan.

Berucap di hadapan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau berkata, ia melibatkan peruntukan segera dan proses saringan awal yang lebih cepat.

“Mengapa kita tekankan soal tender ini? Kerana saya tengok kalau guna kaedah rundingan, banyak ketelanjuran dan ketirisan.

“Jadi sebaiknya kita gunakan tender,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Februari di Puspanitapuri pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, jika menerusi proses biasa, projek itu akan memakan masa yang agak panjang.

“Orang yang terkesan dengan banjir itu tidak mampu lagi untuk menunggu. Hal-hal ini saya harap diberi perhatian,” jelas Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata, program pembasmian kemiskinan tegar juga perlu segera diselesaikan dan dipantau pelaksanaannya.

“Dua malam lalu, saya sempat menelefon Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi untuk pemantauan projek- projek.

“Alhamdulillah projek kemiskinan tegar, kejayaannya baik tetapi jumlah bertambah,” katanya.

Ujarnya, semakan di Parlimen Tambun mendapati, bilangan miskin tegar masih kekal sekitar 15 keluarga dan keseluruhan Perak 100 keluarga.

“Projek kemiskinan tegar kejayaannya adalah baik, Alhamdulillah. Tetapi jumlahnya itu bertambah. Saya semak umpamanya di Parlimen Tambun, berapa yang masih kekal kemiskinan tegar sekitar 15 keluarga, tetapi untuk keseluruhan Perak mungkin lebih 100.

“Jadi saya sebut 15 keluarga itu boleh cari dan selesaikan dalam dua hari supaya kemiskinan tegar itu dapat dibereskan,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang