PM Anwar kecam serangan ganas di Sydney

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas di Sydney, Australia, yang mengorbankan nyawa orang awam, selain menegaskan pendirian Malaysia untuk berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan negara itu dalam memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha pihak berkuasa Australia bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Australia dalam menghadapi saat sukar ini, serta menyokong sepenuhnya segala usaha bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang.

“Tindakan sedemikian sama sekali tidak berlandaskan mana-mana kepercayaan atau pegangan agama,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, tiada sebarang justifikasi boleh membenarkan keganasan yang menyasarkan orang awam, lebih-lebih lagi apabila dilakukan atas dasar perbezaan kaum atau agama.

Hingga malam tadi, sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut, termasuk seorang penyerang, selepas insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, semalam.

Perdana Menteri New South Wales (NSW), Chris Minns, dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian tembakan pada acara Hanukah Yahudi di Pantai Bondi, termasuk seorang yang dipercayai sebagai penembak.

Polis turut mengesahkan seramai 29 orang dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, termasuk dua anggota polis yang dilaporkan berada dalam keadaan serius dan kritikal.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan kesembuhan buat semua yang cedera akibat serangan berkenaan.

“Saya amat terkejut dan berdukacita dengan serangan ganas di Sydney yang meragut nyawa orang awam tidak berdosa serta mencederakan ramai pihak lain. Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan ini.

“Saya merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan mendoakan supaya semua yang cedera diberikan kesembuhan,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’