PM adakan lawatan diplomatik Malaysia-Korea Selatan

BERSEMPENA hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan ke 65 tahun pada 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra berkata ia adalah lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke Korea Selatan sejak memegang jawatan pada November 2022 menerusi undangan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.

Anwar turut diiringi delegasi, Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Li Kang, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang, dan pegawai kanan kerajaan.

Menurut kenyataan itu, Anwar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Yoom di Pejabat Presiden Yongsan bagi mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Kedua-dua pemimpin akan mengambil kira hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan yang telah berkembang dengan ketara, dari segi skop dan intinya, sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1960.

“Mereka juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, dan bertukar-tukar pandangan mengenai Pengerusi Malaysia bagi ASEAN dan Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) Korea Selatan, pada 2025,” kata Wisma Putra menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, Anwar dan Yoon akan menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dalam Bidang Pengajian Tinggi, Kerjasama dalam Bidang Penangkapan dan Penyimpanan Karbon, dan Kerjasama dalam Pendekatan Koperasi (di bawah Perkara 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris).

Perdana Menteri dijadual menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan dan bertemu dengan kapten industri daripada syarikat utama Korea Selatan.

Selain itu, Anwar juga akan menyampaikan ucapan khas bertajuk “Rakan Kongsi Strategik dalam Dunia Kompleks: Malaysia, Korea, dan Masa Depan Asia” di Universiti Nasional Seoul.

Untuk rekod, dari Januari hingga September tahun ini, perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan bernilai RM81.61 bilion (AS$17.63 bilion). Dari 1980 hingga Jun 2024, sejumlah 392 projek pembuatan dengan penyertaan Korea Selatan telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan bernilai RM43.10 bilion (AS$11.50 bilion).

Pada 2023, Korea Selatan merupakan rakan dagangan ke-8 terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan bernilai RM111.07 bilion (AS$24.35 bilion).

Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Korea Selatan dalam kalangan negara anggota Asean dan ke-12 terbesar di dunia.

Malaysia dan Korea Selatan akan menyambut ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik pada 2025.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16