PLKN Siri 2/2025 mula 11 Mei

PUTRAJAYA – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kemasukan pelatih bagi sesi latihan selama 45 hari itu boleh disemak melalui laman sesawang rasmi di https://jlkn.mod.gov.my/.

Menurut JLKN, seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik yang merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan.

“Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan manakala modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/ atau Unit Pelatih di talian 03-40133 613/03-40133 618 atau e-mel ke info.jlkn@mod.gov.my.

Related Posts

Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasuah akan ditangani secara sistematik, ketirisan skala besar jadi keutamaan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dengan lebih bersifat sistemik, termasuk ketirisan perolehan serta penyalahgunaan kuasa berskala besar. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas