
KERAJAAN Malaysia mengumumkan langkah baharu untuk mewajibkan semua platform media sosial memohon lesen operasi bermula 1 Januari 2025.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), arahan ini merupakan hasil keputusan yang dibincang dalam Kabinet Kerajaan Malaysia.
“Aplikasi seperti Facebook, WeChat, WhatsAppa perlu mematuhi undang-undang Malaysia.
“Tambah lagi, langkah ini diambil bagi memerangi peningkatan jenayah siber termasuk penipuan dan penipuan dalam talian, buli siber, serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” menurut SKMM dalam satu kenyataan.
Perkhidmatan dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna perlu memohon Lesen Kelas untuk Pembekal Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mulai 1 Ogos.
SKMM menyatakan rangka kerja baru ini hanya terpakai kepada perkhidmatan dan tidak memberi kesan kepada pengguna, yang boleh terus menggunakan perkhidmatan seperti biasa.
Syarikat yang gagal mematuhi peraturan ini akan berdepan dengan tindakan undang-undang, termasuk denda yang berat atau penutupan operasi di Malaysia.
Inisiatif ini juga diharapkan dapat melindungi pengguna internet dari eksploitasi dan ancaman siber, serta memupuk persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai.