PKR Tawau giat laksana program sedia hadapi PRU16

TAWAU – PKR Cabang Tawau mempergiat pelbagai program sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selaras dengan arahan kepimpinan tertinggi parti.

Ketua Cabangnya, Fung Thin Yein berkata, usaha itu sekali gus memperkukuh gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera parti menjelang pilihan raya akan datang.

“Kita memang telah dimaklumkan dan diarahkan oleh pihak atasan supaya memperbanyakkan program melibatkan Cabang Tawau.

“Kita akan ikut arahan tersebut dan memastikan semua perancangan dan program dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada media pada program agihan bubur lambuk di Jalan Tiku, pada Rabu.

Menurut Thin Yein, Parlimen Tawau merupakan antara kerusi ‘target’ yang bakal ditandingi PKR dan kini sudah bersedia mendepani pilihan raya.

Pada PRU15 lalu, Datuk Lo Su Fui dari Parti Bersatu Sabah (PBS) mewakili GRS menang dengan majoriti 3,800 undi di Parlimen Tawau mengalahkan penyadang kerusi itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah ketika itu, Datuk Christina Liew.

Su Fui berjaya memperolehi sebanyak 19,865 undi sementara Christina hanya memperolehi 16,065 manakala empat calon lain iaitu Warisan, Chenn Ket Chuin (11,263); Bebas, Mohd Salleh Bacho (1776); Pejuang, Herman Amdas (1067), dan Bebas, Chin Chee Syn (651).

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM