PKR Sabah fokus perkemas jentera hadapi PRN, pemilihan cabang tampil 8 wajah baharu

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini perlu fokus memperkemas jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) selepas pemilihan cabang selesai, menampilkan lapan wajah baharu. 

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata hasil pemilihan itu juga mengekalkan kepimpinan sedia ada untuk 17 cabang, maka PKR meminta semua menghormati keputusan tersebut disamping proses bantahan yang perlu dibuat mengikut saluran rasmi parti (jika ada).

“Jentera perlu diperkukuhkan, menjelang PRN17 yang dijangka berlangsung antara dua hingga lima bulan lagi.

“Pemilihan parti sepatutnya dijadikan ruang memperkukuh parti agar kepimpinan kuat dan diyakini anggota mampu memimpin cabang menghadapi pilihan raya.

“Perbalahan berpanjangan pasca pemilihan hanya akan menyebabkan perpecahan yang tentu merugikan parti serta mengecewakan anggota yang mengharapkan kesatuan kukuh kepimpinan cabang dalam menghadapi pilihan raya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, kata beliau semua kepimpinan cabang serta anggota perlu mengembeleng tenaga dan memantapkan jentera pilihan raya memandangkan masa yang ada sangat singkat.

“Kepimpinan cabang serta anggota diminta tidak memanjangkan perselisihan kerana fokus sesebuah parti politik adalah untuk memenangi pilihan raya dan bukannya memimpin cabang semata,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16