PKR perkukuh strategi tawan Kelantan pada PRU16

KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan sudah mempunyai rangka kerja dan strategi untuk menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Malah, parti itu turut sudah meletakan parameter untuk berbincang serta membolehkan hala tuju dan strategi dapat dibincangkan bersama parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan kelak untuk menawan negeri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Nor berkata, pada masa sama mereka mahu menjuarai isu serta permasalahan masyarakat supaya rakyat dapat menilai serta berfikir pilihan terbaik.

“Bermakna kerangka kerja dan strategi sudah ada tetapi kita belum boleh menguar-uarkannya lagi. Ini sudah kita putuskan selepas berbincang dengan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Pada 4 November nanti, kita akan berbincang mengenai perkara ini dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) pula, iaitu bersama kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP,” katanya pada sidang media selepas Program Jalinan Mesra MPN Keadilan Kelantan bersama Pengamal Media Kelantan di sebuah hotel di Tunjong, di sini malam tadi.

Beliau berkata, antara perkara tersenarai dalam kerangka kerja berkenaan adalah membawa barisan kepimpinan baharu, menonjolkan tokoh pimpinan pemuda dan wanita serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tumpuan.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli-ahli PKR Kelantan untuk berhenti seketika membincangkan soal PRU16, sebaliknya memberi tumpuan untuk memainkan peranan selaku wakil kerajaan pusat serta Perdana Menteri di negeri ini.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar