PIPOC 2025: Persidangan industri sawit antarabangsa bakal gamit 2,000 delegasi

KONGRES dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2025 (PIPOC 2025) yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka menjadi platform ilmu terbesar dalam industri sawit yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

PIPOC yang dianjurkan dua tahun sekali itu akan menghimpunkan lebih 100 orang penceramah, 200 pembentang poster, dan sekitar 2,000 orang delegasi dari dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, PIPOC 2025 menampilkan pendekatan lebih menyeluruh melalui penganjuran empat persidangan serentak yang menyentuh pelbagai aspek penting dalam industri sawit.

“PIPOC 2025 menampilkan empat persidangan utama, iaitu Persidangan Pertanian, Bioteknologi dan Kemampanan; Pengilangan, Pemprosesan dan Penapisan Bio; Hiliran dan Penambahan Nilai; serta Ekonomi Global dan Pemasaran,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Mereka akan berkongsi kepakaran, penemuan penyelidikan, inovasi teknologi serta strategi mampan yang selari dengan perkembangan semasa industri sawit.

Antara tokoh terkemuka yang akan terlibat dalam persidangan ini ialah bekas Pengarah Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biak Baka MPOB yang juga merupakan Felo Persatuan Diraja (Royal Society), United Kingdom, Dr Ravigadevi Sambanthamurthi.

Tokoh berpengalaman luas dalam industri sawit, Tan Sri Lee Oi Hian, Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad turut dijadual menyampaikan ucapan dalam sesi Kuliah Henri Fauconnier, yang turut terkenal dengan kepimpinan strategik dalam memacu pertumbuhan KLK ke peringkat antarabangsa.

Dengan tema “Mentransformasi Hari Ini, Memperkasa Masa Hadapan melalui Inovasi”, PIPOC 2025 menekankan semangat kerjasama global dalam meneroka penyelesaian inovatif dan dasar mampan demi masa depan industri sawit yang lebih berdaya saing.

Sempena PIPOC 2025, satu pameran berskala besar turut diadakan dan dibuka kepada orang ramai secara percuma dengan 500 pempamer dari dalam dan luar negara akan mengambil bahagian, mempamerkan pelbagai inovasi, produk baharu dan teknologi terkini yang merangkumi sektor huluan, hiliran, oleokimia, logistik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta teknologi pertanian.

Inisiatif ini bertujuan menyediakan platform strategik bagi memupuk jaringan perniagaan, perkongsian ilmu serta kerjasama antara penggiat industri, pelabur, pembeli dan penyelidik.

Selain itu, MPOB turut menganjurkan kejohanan golf PIPOC 2025 dan mengatur lawatan teknikal ke ladang sawit serta pusat penyelidikan terpilih sebagai pendedahan tambahan kepada peserta tentang kemajuan serta operasi industri sawit di Malaysia.

Pendaftaran untuk menyertai PIPOC 2025 kini dibuka dengan kadar istimewa kepada pemegang lesen MPOB, pembentang serta kumpulan peserta berdaftar.

Penganjur turut menyediakan pelbagai peluang penajaan dan pakej pengiklanan yang sesuai untuk organisasi yang ingin memperkukuh promosi serta pengaruh jenama dalam komuniti industri global.

PIPOC 2025 bukan sahaja merupakan platform ilmiah bagi pakar, penyelidik dan penggiat industri, malah menjadi medan strategik dalam memperkukuh daya saing, keterhubungan dan kepimpinan Malaysia dalam landskap industri sawit di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang boleh layari di https://pipoc.mpob.gov.my

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16