Pink Panther juara bola jaring tertutup Lepar 2025

PASUKAN Pink Panther muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Tertutup Lepar 2025, yang berlangsung di Padang Awam FELDA Lepar Hilir 4, dekat Kuantan, semalam.

Dianggotai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir, mereka menewaskan cabaran pasukan Akak Petir yang dibarisi beliawanis FELDA Lepar Hilir.

Kejohanan julung kali diadakan itu hasil inisiatif Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Lepar Hilir, Gabungan Peneroka Wanita (GPW) dan pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar.

Ketua MBFM Lepar Hilir 4, Hazim Rosly berkata, sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Memandangkan ini kali pertama kita anjur, sambutan diterima amat baik dan kita dapat lihat kerjasama rapat dengan GPW membantu dalam memastikan kejohanan berjalan dengan lancar,” katanya.

Penyampaian hadiah kepada pasukan dilakukan Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Beliau berkata, kejohanan berkenaan adalah antara usaha bersama MBFM Lepar Hilir 4, GPW dan komuniti setempat dalam membudayakan gaya hidup sihat.

“Dalam masa yang sama, kita dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola jaring,” katanya.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi