Pindaan Akta Perhimpunan Aman dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Oktober – Fahmi

KERAJAAN dijangka akan membentangkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) selewat-lewatnya pada sidang Parlimen Oktober.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, cadangan dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada mesyuarat Jemaah Menteri.

“Dalam tempoh itu, sebenarnya jumlah permohonan yang diluluskan untuk semua perhimpunan aman adalah pada kadar 99 peratus.

“Jadi hampir semua permohonan untuk perhimpunan aman telah diluluskan. Jadi ini satu angka yang bila kita teliti statistiknya adalah memberangsangkan,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini, di Putrajaya.

Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kerajaan percaya pindaan yang akan dibentangkan di Parlimen akan memperkukuh hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk meminda Akta 736 bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa juga keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat pada Februari lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, ini bermakna keperluan mendapatkan kelulusan tempat seperti diperuntukkan dalam Seksyen 11 Akta 736 akan dipinda dan diketepikan.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah