Pijak junior UPNM: Polis rakam percakapan suspek petang ini

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah merakam keterangan melibatkan sembilan individu berhubung kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang retak tulang rusuk serta tulang belakang akibat dipijak senior 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan suspek senior itu pula akan diambil pada petang ini.

“Setakat ini, ada sembilan rakaman percakapan telah diambil.

“Suspek dijangka diambil keterangan di Ibu Pejabat Daerah Cheras pada petang ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini media melaporkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam Jumaat lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.45 malam 21 Oktober lalu, ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

“Mangsa berusia 19 tahun itu dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga, di universiti berkenaan.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan oleh pihak polis,” ujar beliau.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kes pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk akibat dipijak senior.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan laporan media tentang kejadian tersebut.

“Susulan laporan polis yang dibuat, Kementerian Pertahanan menyerahkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyempurnakan siasatan.

“Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian sebegini adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM dan institusi pendidikan tinggi,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Tegas Mohamed Khaled, beliau bersama pihak Kementerian Pertahanan akan memberi sepenuh kerjasama serta perhatian dalam perkara ini.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam