Piala Malaysia: Wan Rosdy ramal Pahang 2-1 JDT

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pasukan Sri Pahang mampu menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Beliau meramalkan skuad Tok Gajah merangkul piala itu dengan keputusan 2-1, sekali gus mengulangi pencapaian gemilang pada musim 2014.

“Saya yakin Sri Pahang menang 2-1,” katanya ringkas ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, petang tadi.

Wan Rosdy turut menyeru seluruh penyokong Tok Gajah untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan negeri itu.

“Saya menyeru semua rakyat Pahang khususnya peminat bola sepak supaya turun ke stadium menyokong Sri Pahang,” katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2024–25 antara JDT dan Sri Pahang dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini adalah penampilan kesembilan Sri Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, dan kali pertama sejak 2018.

Related Posts

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menegaskan musim pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan empat perlawanan berbaki. Kemenangan 4-2 ke atas Stuttgart membolehkan Bayern mendahului liga dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta