PH tampil komitmen berani, bina empangan selesaikan isu air Sabah

KOTA KINABALU – PH melihat pembinaan empangan baharu sebagai komitmen jangka panjang untuk menyelesaikan krisis air yang telah lama membebankan penduduk Sabah, kata Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata, keperluan itu timbul kerana seluruh kawasan Sabah telah berdepan masalah bekalan air yang berlarutan sejak bertahun-tahun, sekali gus menuntut penyelesaian menyeluruh dan bukan lagi sekadar langkah sementara.

“Saya percaya ia perlu dibina kerana seluruh kawasan kawasan Kota Kinabalu telah lama menderita akibat isu kekurangan air.

“Jika kita melihat pembangunan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau ini, pembinaan empangan adalah langkah yang wajar,” katanya semasa sidang media sempena Majlis Pelancaran Komitmen PH Sabah di sini pada Ahad.

Jelas Phoong, PH komited memastikan semua syarat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dipatuhi, namun menyifatkan projek tersebut tetap perlu diteruskan demi memastikan rakyat Sabah mendapat bekalan air yang mereka layak terima.

“Ini adalah tindakan yang tepat untuk menyelesaikan krisis air, supaya rakyat Sabah menikmati bekalan air yang mereka berhak dapat, selain memenuhi keperluan pembangunan industri dan perumahan pada masa depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, komitmen PH yang dibentangkan hari ini menunjukkan kesediaan gabungan itu untuk membentuk kerajaan di Sabah, dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian asas yang telah lama tertangguh.

“Pakatan Harapan bersedia membentuk kerajaan yang akan mentadbir Sabah. Keutamaan kami ialah ekonomi rakyat dan menyediakan infrastruktur yang baik kerana kita tidak boleh terus membiarkan rakyat menanggung kesan infrastruktur yang ketinggalan,” katanya.

Phoong turut berkata infrastruktur air adalah sebahagian daripada pembangunan ekonomi rakyat dan langkah berani serta radikal diperlukan untuk memacu Sabah ke hadapan.

“Kalau kita mahu anak-anak Sabah kekal bekerja di negeri sendiri dan tidak berhijrah, kita perlu membina sebuah negeri dengan infrastruktur yang kukuh dan ekonomi yang progresif.

“Air adalah asas kepada semua pembangunan,” katanya.

Tambah Phoong, penyelesaian kepada isu air juga berkait rapat dengan usaha menurunkan kadar pengangguran, merancakkan industri, menarik pelaburan teknologi tinggi serta memperkukuh logistik dan pelancongan.

“Untuk berkembang, industri perlukan kepastian termasuk kepastian air.

“Ini sebabnya pembinaan empangan adalah sebahagian daripada komitmen utama kami,” ujarnya.

Phoong berkata PH yakin bahawa penyelesaian struktural seperti empangan, bersama peningkatan pengangkutan awam, pembangunan pelabuhan, sektor pelancongan dan industri baharu, adalah asas kepada masa depan ekonomi Sabah.

Hadir sama Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Pengerusi Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran. Ini disebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’