PH Johor lega dapat tunai janji kepada Zahid, menangkan BN – Aminolhuda

KLUANG – Pakatan Harapan (PH) Johor lega dapat menunaikan janji kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kemenangan besar BN di Mahkota adalah bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi PH kepada semangat Kerajaan Perpaduan.

“Inilah gambaran persefahaman yang telah ditonjolkan oleh rakyat Johor untuk kali kedua. Pada hari ini PH memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam apa yang kami janjikan dalam pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, dan Menteri Besar Johor bahawa PH akan membantu untuk memenangkan calon BN UMNO, iaitu Syed Hussien dan ia terbukti pada malam ini.

“Kerjasama yang telah ditunjukkan dalam PRK ini hasil daripada semangat dan kerjasama yang kita buktikan kerana kita sayangkan dan cintakan Malaysia, dan Johor.

“Sebab itu saya dalam ucapan setiap kali dalam pertemuan dengan masyarakat Johor, walaupun kami berbilang bangsa berbilang agama dan juga berlainan pemikiran politik di peringkat awalnya, tetapi apabila kita melihat kepentingan kesatuan untuk masyarakat Malaysia, untuk memastikan ekonomi bukan sahaja untuk distabilkan politik dan ekonomi.

“Tetapi lebih penting daripada itu adalah kemakmuran rakyat mesti dicapai bersama oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ketika berucap Bilik Gerakan Utama BN di Taman Sri Kluang pada Sabtu.

Ahli Parlimen Sri Gading itu menegaskan, kerjasama Kerajaan Perpaduan ini wajar dipertahankan.

“Pelbagai kaum dan agama menyaksikan Kerajaan Perpduan perlu dipertahankam dan diteruskan untuk kekalkan kejayaan kerajaan dalam bentuk bukan sahaja ekonomi dan kesejahteraan perkara-perkara lain.

“Buktinya dengan kemenangan (Syed) Hussien,” ujarnya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM