Pesta Regatta Telaga Air 2025 semarakkan pelancongan Selatan Sarawak

KUCHING – Majlis Perasmian Pesta Regatta Telaga Air 2025 berlangsung meriah di Esplanade Telaga Air dengan kehadiran kira-kira 250 orang pengunjung, terdiri daripada 150 orang tempatan dan 100 orang pelawat luar.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman menegaskan bahawa kawasan perkampungan sekitar Telaga Air telah dikenal pasti kerajaan Sarawak sebagai sebahagian daripada Lingkungan Pelancongan Selatan Sarawak, meliputi kawasan dari Teluk Melano hingga Kampung Semilang dan Kampung Beradek.

“Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan Sarawak serta sokongan kementerian persekutuan akan terus mempromosikan keindahan alam semula jadi di kawasan selatan ini kepada pelawat luar. Usaha membangunkan prasarana awam dan galakan aktiviti keusahawanan mampu memperkukuh ekopelancongan di Pantai Damai,” katanya.

Bagi menyokong pertumbuhan pelancongan dan mengatasi isu kesesakan serta kekurangan kemudahan asas, Abdul Rahman mengumumkan kerajaan Sarawak telah bersetuju membina laluan pintas baharu dari Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem melalui Kampung Selang Hulu ke Telaga Air.

Selain itu, sebuah jalan tambahan juga diluluskan untuk menghubungkan kawasan Telaga Air dengan kampus baharu Kolej Universiti i-CATS yang sedang dibangunkan di Kampung Trombol, sekali gus memperkukuh akses ke kawasan tersebut.

Turut dihadiri Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Cr Tan Kai; Timbalan Pengerusi MPP, Cr Mahmud Ibrahim; serta Pegawai Daerah Kuching, Zaidi Sharkawi, bersama barisan kaunselor MPP dan ketua masyarakat.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global