Peserta sambut baik, mahu Program D1 diperluaskan

KOTA KINABALU – Program Diwan Informasi (D1) Edisi Sabah PRA PRN17 (Tahap 1) menerima sambutan baik daripada peserta yang mahukan program tersebut diperluaskan ke jumlah penyertaan yang lebih ramai.

Peserta dari Putatan, Erwan Roslan, 44, berkata, dia bersyukur kerana terpilih dalam program tersebut yang banyak memberi manfaat ilmu yang terkini kepada ahli parti.

“Saya rasa program ini memberi input-input yang terbaik dan perlu diperluaskan lagi kepada ahli parti yang lain untuk diberikan peluang kepada mereka menyertai program seperti ini, dan saya harap saya juga terpilih untuk menyertai program ini untuk tahap kedua.

“Dalam program ini, kami dibantu untuk membuat persediaan menghadapi pilihanraya yang akan datang dan menjadi ahli parti yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti.

“Kita sedar dan tahu bahawa parti Pakatan Harapan (PKR) harus menjadi parti yang dominan dan perlu sentiasa bersiap sedia dari segi akar umbi.

“Jenteranya perlu dipersiapkan menghadapi pilihan raya yang akan datang maka dalam program inilah kami diberikan pengetahuan berkaitan tentang bagaimana kami dapat membina satu pasukan yang benar-benar bersedia memikul tanggungjawab di dalam parti,” kongsinya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Tambahnya, dalam program tersebut aktiviti yang sangat menarik juga disediakan bagi membentuk kerjasama dalam pasukan dan melatih ahli untuk lebih mengenal kejujuran sesama ahli.

Sehubungan itu, Norain Hamdani, 51, yang merupakan peserta dari Papar juga berpendapat sama yang mahukan program seperti ini diadakan lebih banyak untuk ahli di negeri Sabah.

“Kita perlukan program-program membangun seperti ini kerana apa yang kami tidak tahu sebelum ini sekarang kami tahu, banyak info dan pencerahan daripada senior yang boleh membantu kami sebagai ahli.

“Banyak persoalan yang terjawab dalam sesi yang kami ikuti semasa program, seperti tentang bagaimana mengenal pasti ketua yang berkaliber dan sebagainya, maka kini kami lebih yakin untuk melakukan kerja,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta daripada Putatan, Sudin Saman, 54, berharap agar program tersebut diteruskan lagi untuk masa akan datang.

“Banyak yang saya pelajari daripada aktiviti yang dianjurkan program oleh itu saya mencadangkan agar di masa akan datang program ini juga terus diadakan dan harapnya peserta dari daerah kami akan terus terpilih dalam tahap seterusnya,” katanya.

Seramai 48 peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan geopolitik yang berbeza dari seluruh negeri Sabah menyertai kursus tersebut yang berlangsung selama tiga hari.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam