Pesawat AirAsia patah balik enjin terbakar

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat AirAsia yang membawa 171 orang dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China melakukan pendaratan cemas akibat kebakaran enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.37 malam.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya dimaklumkan pesawat jenis Airbus A320-216 berlepas pada jam 9.59 malam, sebelum berpatah balik ke KLIA 2 kerana berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

“Pesawat masih berlegar di udara sementara menunggu arahan mendarat… pesawat berjaya mendarat pada jam 12.08 tengah malam,” katanya.

Beliau memaklumkan, pesawat itu mengalami kerosakan pada pneumatic cutting burst.

“Api dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum mendarat. Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api,” ujarnya.

Related Posts

KPTM Gua Musang dibuka semula

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuka semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutama di daerah itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Boleh beli beras maksimum 5 kampit

PENGGUNA terutamanya rakyat negara ini dibenarkan membeli lima kampit beras putih tempatan (BPT) mulai hari ini, berbanding dua kampit setiap kali pembelian sebelumnya. Mengumumkan perkara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu