Pesawah disaran tandatangani STTP untuk bantu tangani kesan banjir

ALOR SETAR – Pesawah di seluruh negeri disarankan untuk menerima dan menandatangani Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) untuk membantu mereka menangani kesan akibat bencana tanaman padi.

Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, skim yang disedia oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank yang bermula pada 2024 itu sebagai persediaan bagi pesawah menghadapi pelbagai risiko bencana alam termasuk banjir yang menjejaskan pengeluaran hasil padi.

“Skim STTP yang disediakan secara percuma ini merupakan salah satu komitmen kerajaan untuk membantu dan melindungi pesawah padi daripada risiko kerugian akibat bencana alam termasuk serangan penyakit serta makhluk perosak.

“Kadar perlindungan kerosakan tanaman padi diberikan pula adalah sehingga RM3,000 setiap hektar semusim mengikut fasa penanaman padi tersebut.

“Sehubungan itu , pesawah padi diseru memanfaatkan kemudahan perlindungan takaful ini bagi membantu mereka untuk terus bertani dan kemudiannya kepada kestabilan rantaian bekalan makanan negara,” katanya semasa meninjau kerosakan tanaman padi di Kuala Sungai di sini.

Jelasnya lagi, STTP yang diperkenalkan selaras dengan Belanjawan 2024 lalu mendapat sokongan subsidi daripada pihak Kerajaan Madani sebanyak RM50 juta untuk tahun pertama pelaksanaannya.

Sebelum itu beliau juga turut melawat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTAH) yang ditutup beberapa hari selepas dilanda banjir baru-baru ini.

Katanya, LTAH dijangka akan beroperasi semula pada minggu hadapan dan bagaimanapun ia bergantung kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) dan Malaysia Airport Holding Berhad untuk mengesahkan ianya selamat digunakan.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap